Raja
Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan
sultan Melaka yang
ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477.
Baginda merupakan sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri
Melaka. Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda
kota Melaka pada waktu malam. Hal ini demikian kerana telah berlaku huru- hara
yang mengatakan negeri Melaka berlaku kecurian di kalangan rakyat. Oleh itu,
merek berjaya menemukan pencuri tersebut lalu diusir dan dibunuh oleh titah
Baginda dari negeri Melaka. Hasilnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk
berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.
Walau bagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh
kekandanya, iaitu Raja Muhammmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di
bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Muhammad mendakwa bahawa beliau berhak
menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama
ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak
daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa
yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan
Alauddin berketurunan India-Muslim.
Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak.
Baginda mangkat pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun, dan
digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud.